SAKIT OTAK,MENTAL PECAH!

jikalau bulan itu aku,

jangan kau cuba gapai,

kerna mustahil bagi kamu,

untuk aku kau capai

jikalau langit itu aku,

jangan kau cuba sampai,

sebab mustahil bagi kamu

untuk aku kau intai

dan jikalau sejarah itu aku,

jangan kau cuba mengintai,

sebab mustahil bagi kamu

untuk aku kau merungkai..

dan aku harus katakan pada kamu,

sejuta maaf pun tak akan bisa,

mengubah sejarah yang kau binasakan,

dan sebenarnya aku tahu kau bohong,

lantas untuk apa lagi kau disini,

pergi!

setelah aku kau caci maki,

aku bosan!

aku mahu kebisingan,

yang bisa memecah gegendang telinga ku,

biar aku tak dengar lagi,

semua kata palsu kau tu,

aku mahu racun,

yang bisa aku rodokkan dalam tekak ku,

biar aku tak usah merayu-rayu,

pada kau lagi,

aku mahu pisau,

yang bisa aku tusukkan ke mataku,

biar aku tak usah lihat lagi,

wajahmu yang memberi mimpi ngeri,

pada setiap malamku,

di hari-hari ku yang mendung selalu,

semua kerna kamu!

GELAGAT SI JALANG BERTOPENGKAN MALAIKAT 2

tunggu!

aku dengar,

sayup-sayup,

si jalang menyalak,

mengaku dia baik,

tapi hakikatnya,

dia cuma pura-pura,

cuma mahu nama,

sebenarnya papa kedana,

tapi bergaya bak orang kaya,

setakat pertunjukan fesyen di pasar raya,

itu semua aku pandang sebelah mata.

aku bukanlah hebat mana,

tapi cuma selesa,

hidup sederhana,

seluar jeans rabak tak mengapa,

cuma gitar kapok tapi aku bangga,

suara aku taklah sedap mana,

tapi asal aku boleh hibur hati mereka,

prinsip aku,

biar sederhana,asalkan gembira,

biar muka x lawa,tapi sentiasa senyum suka,

biar baju murah,asalkan harga diri terjaga,

daripada macam kau,

baju mahal,tapi macam tak ada maruah,

muka lawa,tapi macam sampah

berlagak kaya,walhal miskin sebenarnya

sudahlah jalang,berhenti.

boleh?

GELAGAT SI JALANG BERTOPENGKAN MALAIKAT..

ah!ade si mulut jahat,

cuba menjadi malaikat,

si penjahat,

hebat,licik sungguh kau,

berselindung,

di sebalik wajah,

yang mereka kata

cantik,

bagi aku,

kau macam pembungkus nasi lemak,

macam lampin adik aku,

macam rokok,

pakai skali,terus buang

kau rosak,

x ubah macam si jalang,

di lorong gelap,

kau cuma hebat di mata mereka,

tapi tidak di mata hati aku,

hidup kau penuh dengan nafsu,

kotor,jijik

sudahlah,cukuplah,

hentikan permainan,

yang aku sendiri x ingin ikut sama,

sebab aku letih,

rentak kau dah lapuk,

tak ada sapa nak ikut,

kesian kau,

kau kata aku tak popular,

tapi nak tahu aku kata ape?

"DEY!PEGI MAMPOS!"

hahahaha..

aku gembira,dengan kawan yang setia,

bukan macam kau,

obsesi,mahu berteman dengan si kaya,

tapi itu semua dunia lah,

kau memang buta!

sekurang-kurangnya,

aku x plagiat karya orang,

macam kau,

kau memang sedih,

lagi sedih dari hidup anjing kelaparan,

sedih kan?

ITU CUMA KATA KAU!!

kata kau,

"u ni cantik lah"

tapi aku tahu,

kau cuma tipu

kata kau lagi

"i sayang u selama2nya"

tapi sebenarnya

itu semua palsu belaka

celaka!

sebab kau aku mencarut,

sebab kau aku jd suke mengarut,

dan sekarang ni,

kata kau lagi,

"i akan benci u sampai bila2"

tapi aku cume ketawa sambil berkata

"PEGI JAHANAMLAH!"

SEBAB ITU SEMUA KATA KAU!

BUKAN KATA AKU!

kalau kata aku

"u mmg x guna"

kata aku,

"u buat i sengsara"

kata aku lagi

"cinta u tu x de ape2 makna"

mcm sampah polisterin

yang aku buat bungkus makan tengah hari,

aku sakit pon kau x kesah,

eh sudahlah!

podahhh!

blah!

menyampah!

wahai LELAKI

kau hadir dalam mimpi ku.
padahal aku langsung tidak teringat kan kau langsung
dalam mimpi kau berkata indah tapi hakikatnya,kau...
kau patut ucap nya dulu,bukan dalam mimpi.

aku bukan pentafsir mimpi macam atuk nujum(fb).
dan aku tak kan mencari erti mimpi aku,
walaupun aku tertanya-tanya.
biar ia menjadi sebahagian dari mimpi buruk aku.



*bila kita teringat kan si DIA,si DIA secara tidak langsung akan tringat kan kita.cara ini telah terbukti oleh mereka-mereka yang telah mengkaji nya.

curang

cinta tlah membuat manusia menjadi buta dan alpa..
apa pon keadaan nya..
hanya cinta itulah yg paling indah..
walau pon ada kalanya ia menyakitkan..
sesungguh nya hanya cinta pada allah jua yg maha kekal dan maha agung..

hindari la diri dari menggangu kebahgiaan org lain..
sesungguh nya ia amat menyakitkan..

macam2 hal dalam dunia ni yg kita x paham..
kadang2 tu sekelipmata bolah berubah..
mmg menjengkelkan..

ku sangka panas sampai kepetang..
rupanya hujan ditgh hari..
nasib badan..

p/s : this is so meaningful for me :(

Nyaman

tersedar di pagi hari
sangat nyaman keseorangan
kesejukkan menggigit-gigit zat mataku
ku rasakan semakin longlai untuk buka mata
nikmatnya hidup sebegini
dengan irama mengulit jiwa
mendodoi aku ke kayangan
menghilangkan aku ke dunia nyata
dan terus mendamaikan ku ke dalam tidur

BANGSAT*

Hey si BANGSAT !
Ya ,aku memanggil kau dgn nama itu .
Mana hilangya harga diri kau yg kau jaga selama ini ?
Hanya dengan pujukan saja ,
Kau lalai ,
Lalai siapa diri kau sebenarnya !
Kemana hilangnya sikap pemalu kau ?
Kemana perginya sikap hormat kau ?
Semuanya hilang bagai Tsunami yg melanda .
Hahaha !
Gunakanlah akalmu wahai manusia ,
Janganlah kau biarkan diri di sesatkan dgn begitu mudah .
Tidak kah kau sedar ?
Kita sudah menghampiri ke dunia akhir zaman .
Bangkitlah wahai pelesit kota !
Kita jangan biarkan diri ini dibelenggu dengan kebodohan dan kealpaan kita sendiri !
Berjuanglah untuk berbakti kepada negara ,
Keluarga ,
Agama ,
dan DIRI SENDIRI !

Pengubat HATIMU

Hey si kumbang !
Kemana kau pergi ?
Aku disini menantimu !
Ah ,
Aku tahu ,
Aku hanyalah bunga tahi ayam,
Yang boleh dipandang sebelah mata,
Siapalah aku hendak setanding yang lain,
Namun ,
Hati dan perasaan si Hodoh ini ,
Lagi mulia di bandingkan si Cantik itu ,
Memang benar si cantik indah dimata ,
Tapi ,
Tidakkah kau tahu ,
Si Cantik itulah bakal jadi racun di jiwa,
Ya,
Si Hodoh inilah akan menjadi
PENGUBAT HATIMU kelak !

BERHABUK !

Maaf !
Kami agak sebuk dalam tempoh masa 8 bulan ini .
Sebab itulah kami xdapat nak update semua karya kami disini .
Oleh itu ,kami kembali lagi untuk meneruskan karya kami .
Seperti biasa ,kami mengalu-alukan karya anda juga untuk kami pamerkan di sini .
Harap anda semua dapat enjoy kembali karya-karya kami selepas ini ye .
Terima kasih yg masih menyokong kami .

Anda boleh hantar karya anda di email kami :

puisi_hamba@yahoo.com

Kami akan usaha untuk mengUpdate karya anda di blog in .

Terima kasih :)

johorBAHRU


disebabkan aku di besarkan di JOHOR BAHRU .
disebabkan aku melepak di JOHOR BAHRU .
disebabkan aku berkati JOHOR BAHRU .
aku mencipta JOHOR BAHRU untuk cinta dan kasih pada JOHOR !

-------------------------------------------------------------------------------------

Kesebukkan bandaraya yang mantap membangun ,
Kecemerlangan rakyatnya ynag menjulang ,
Kemodenan ilmu yang hebat ,
Menjadikan JOHOR BAHRU bandar metropolitan ,
Masyarakat yang hidup pelbagai bangsa ,
Melahirkan ngeri yang aman sentosa ,

City Square ,Danga Bay dan The Zone sebagai sumbangan ,
Zoo Johor ,Muzium Johor dan Taman Bunga adalah tarikan ,
Inilah dia JOHOR BAHRU pusat negeri ,
Berbangga kami menjadi rakyat JOHOR ,
Berbesar hati kegemilangan JOHOR ,
Setia kami pada JOHOR ,
hidup mati hanya untuk JOHOR !!

-------------------------------------------------------------------------------------


bumiyangTUA

Bumi yang ditakluki ,
Kini semakin tua ,
Pada tahunnya saja sudah 2010 ,
Pelbagai musibah telah berlaku ,
Bencana alam menjadi yang utama ,
Menandakan kejadian-kejadian kecil sedang dialami ,
Apakah usia bumi ini tidak lama lagi ?
Masih sempatkah isi perut bumi ini mengecapi segalanya ?
Sudah banyakkah amal ibadah kita ?
Sudah bersediakah kita untuk alam seterusnya ?

Gelak tawa ,
Tangisan hiba manusia ,
Persengketaan dan kepayahan hidup kita ,
Masihkah kita bisa mengecapinya ?
Walaupun sekelumit kuman perasaan dengki di hati ,
Tapi bisa dimaafi lagi ,
Jikalau bumi ini masih sempat untuk berputar dipaksinya lagi .

sibungaCINTA

Aku pengemis buta ,
Berjalan hanya bertemankan besi penunjuk ,
Perjalanan aku bukan semudah kalian ,
Adakala perjalanan ku baikbaik saja ,
Adakala aku jatuh dan terluka ,
Kadang kala aku merintih ,
Tetapi aku mengerti itu ujianNya .

Sedang aku teraba-raba mencari jalan ,
Satu cahaya terpancar ,
Kilauannya membuatkan pandanganku bersinar tidak segelap dulu ,
Ya Allah terima kasih diatas pemberian ini ,
Aku tidak lagi teraba-raba mencari langkah ,
Cahayanyaitu telah memimpin setiap perjalananku ,
Aku bahagia denganpemberian ini ,
Jangan kau bawa cahaya ini ,
Kerana aku akan menjadi si buta yang hilang arah .

Aku bahagia dengan senyuman setiap saat ,
Tetapi mengapa semakin aku rasa hilang cahaya itu ?
Mengapa aku ditinggalkan sepi ?
Duduk aku setiap hari di tepi jendela ,
Menanti kembalinya cahaya ,
Walau belum aku pasti sampai pengakhirannya ,
Namun aku tetap setia dan masih setia menanti ,
Biar yang lain memanggilku sibuta yang bodoh ,
Biar yang lain tetap tertawa ,
Tapi aku pasti cahaya itu akan menjadi milikku ,
Biarlah aku sendiri menantinya .

Aku kini si buta yang di temani tekad dan keyakinan ,
Akan aku nanti dan sambut kepulangan cahaya itu ,
Kerana aku amat memerlukannya supaya hidupku tidak terus gelap ,
Cahaya ku nanti dirimu dengan cinta sepenuh hati...

pujaanHATIKU

Hati aku tergedik-gedik bila mendengar namanya ,
Apatah lagi terpandang wajahnya bak 'gula-gula kapas' ,
Alangkah manisnya ,
Walaupun mata saling bertemu ,
Tetai jauh sekali untuk hati kami 'bersemuka' ,
Tak ada kata pujangga yang boleh aku lafazkan ,
Hanya mainan perasaan sahaja yang mampu aku menahan ,

Walaupun Datuk Siti Nurhaliza adalah nama yang gah di Asia ,
Tapi namanya sahaja yang gah di hati dan otakku ,
Walaupun Fahrin Ahmad jejaka tampan di Malaya ,
Wajahnya sahaja pengubat jiwa dan lara ,
Janganlah engkau hilang dari pandanganku ,
Aku akan sentiasa menjadi peminat fanatikmu ,
Walaupun di fantasiku sahaja ,oh ENGKAU !

teman HIDUP


Bukan sebuah kisah cinta ,
atau pidato ,
atau bebelan ,
atau rintihan ,
tetapi secebis karya yang sangat amatur .

Saat pintu hati tidak berkunci ,
Rasa mula meronta keluar ,
Meskipun hati telah dimilik ,
Tetapi ia selalu tidak berpenuggu .
Datang seorang pangeran ,
Singgah di Benak sanubari ,
Niat yang baik menjadi keutamaan ,
Jarak sentiasa menemukannya ,
Masa membuatnya bahagia ,
Siang dan malam kian berlalu ,
Tidak menjadi sahabat ,
Tidak juga menjadi pacaran ,
Tetapi menjadikannya TEMAN HIDUP ,
Yang sentiasa bersama berkongsi suka dan duka .

puisiHAMBA-pendetaPUJANGGA


bermula dengan dua kepala .
terus di satukan dengan dua idea .
penciptaan terus di lakukan .
bersengkang mata serta berpenat lelah .
idea yang datang terus di serapkan .
untuk terus menghasilkan .
nukilan yang terbena .
hari demi hari diluangkan bersama .
sokongan semua .
pendorong utama .
itulah terlahirnya
PUISI HAMBA-pendeta pujangga

hidup penuh LAHANAT

di waktu sang KOMPLOTAN bermula
diri ini semakin diperkecilkan oleh mereka
kehendak dan kemahuan tidak difahami
KONSPIRASI jahat aku akan dimulakan satu persatu
biar mereka merasakan KEHAMPAAN diri yang aku rasakan
KONFLIK yang timbul menjadikan KAMI semakin jauh
semakin banyak RAHSIA yang aku simpan untuk KETENANGANtetapi hanya kepedihan yang timbul untuk diratapi SENDIRIAN

hati TAMAN

angin bertiup lembut
menyemarakkan semangat
mengatur langkah dengan satu tujuan
tujuan mendapatkan satu cinta
takdir bukan milik aku kali ini
angin yang bertiup bertukar petir yang memanah
cinta yang aku harap sudah dimiliki
aku tersungkur dan ditinggalkan
hanya ada cinta dalam hati

yang PERTAMA



dilahirkan di dunia dengan pelbagai tujuan ,
membesar untuk mendidik ,
belajar untuk berjaya ,
bercinta untuk berkasih ,
membenci untuk menjauhi ,
bermusuh untuk diperangi ,
namun ,
tujuan dan matlamat manusia tidak jelas untuk semua itu ,
belajar dari kesilapan untuk kemenangan yang hebat .