pujaanHATIKU

Hati aku tergedik-gedik bila mendengar namanya ,
Apatah lagi terpandang wajahnya bak 'gula-gula kapas' ,
Alangkah manisnya ,
Walaupun mata saling bertemu ,
Tetai jauh sekali untuk hati kami 'bersemuka' ,
Tak ada kata pujangga yang boleh aku lafazkan ,
Hanya mainan perasaan sahaja yang mampu aku menahan ,

Walaupun Datuk Siti Nurhaliza adalah nama yang gah di Asia ,
Tapi namanya sahaja yang gah di hati dan otakku ,
Walaupun Fahrin Ahmad jejaka tampan di Malaya ,
Wajahnya sahaja pengubat jiwa dan lara ,
Janganlah engkau hilang dari pandanganku ,
Aku akan sentiasa menjadi peminat fanatikmu ,
Walaupun di fantasiku sahaja ,oh ENGKAU !

teman HIDUP


Bukan sebuah kisah cinta ,
atau pidato ,
atau bebelan ,
atau rintihan ,
tetapi secebis karya yang sangat amatur .

Saat pintu hati tidak berkunci ,
Rasa mula meronta keluar ,
Meskipun hati telah dimilik ,
Tetapi ia selalu tidak berpenuggu .
Datang seorang pangeran ,
Singgah di Benak sanubari ,
Niat yang baik menjadi keutamaan ,
Jarak sentiasa menemukannya ,
Masa membuatnya bahagia ,
Siang dan malam kian berlalu ,
Tidak menjadi sahabat ,
Tidak juga menjadi pacaran ,
Tetapi menjadikannya TEMAN HIDUP ,
Yang sentiasa bersama berkongsi suka dan duka .

puisiHAMBA-pendetaPUJANGGA


bermula dengan dua kepala .
terus di satukan dengan dua idea .
penciptaan terus di lakukan .
bersengkang mata serta berpenat lelah .
idea yang datang terus di serapkan .
untuk terus menghasilkan .
nukilan yang terbena .
hari demi hari diluangkan bersama .
sokongan semua .
pendorong utama .
itulah terlahirnya
PUISI HAMBA-pendeta pujangga

hidup penuh LAHANAT

di waktu sang KOMPLOTAN bermula
diri ini semakin diperkecilkan oleh mereka
kehendak dan kemahuan tidak difahami
KONSPIRASI jahat aku akan dimulakan satu persatu
biar mereka merasakan KEHAMPAAN diri yang aku rasakan
KONFLIK yang timbul menjadikan KAMI semakin jauh
semakin banyak RAHSIA yang aku simpan untuk KETENANGANtetapi hanya kepedihan yang timbul untuk diratapi SENDIRIAN

hati TAMAN

angin bertiup lembut
menyemarakkan semangat
mengatur langkah dengan satu tujuan
tujuan mendapatkan satu cinta
takdir bukan milik aku kali ini
angin yang bertiup bertukar petir yang memanah
cinta yang aku harap sudah dimiliki
aku tersungkur dan ditinggalkan
hanya ada cinta dalam hati

yang PERTAMA



dilahirkan di dunia dengan pelbagai tujuan ,
membesar untuk mendidik ,
belajar untuk berjaya ,
bercinta untuk berkasih ,
membenci untuk menjauhi ,
bermusuh untuk diperangi ,
namun ,
tujuan dan matlamat manusia tidak jelas untuk semua itu ,
belajar dari kesilapan untuk kemenangan yang hebat .