GELAGAT SI JALANG BERTOPENGKAN MALAIKAT 2

tunggu!

aku dengar,

sayup-sayup,

si jalang menyalak,

mengaku dia baik,

tapi hakikatnya,

dia cuma pura-pura,

cuma mahu nama,

sebenarnya papa kedana,

tapi bergaya bak orang kaya,

setakat pertunjukan fesyen di pasar raya,

itu semua aku pandang sebelah mata.

aku bukanlah hebat mana,

tapi cuma selesa,

hidup sederhana,

seluar jeans rabak tak mengapa,

cuma gitar kapok tapi aku bangga,

suara aku taklah sedap mana,

tapi asal aku boleh hibur hati mereka,

prinsip aku,

biar sederhana,asalkan gembira,

biar muka x lawa,tapi sentiasa senyum suka,

biar baju murah,asalkan harga diri terjaga,

daripada macam kau,

baju mahal,tapi macam tak ada maruah,

muka lawa,tapi macam sampah

berlagak kaya,walhal miskin sebenarnya

sudahlah jalang,berhenti.

boleh?

No comments:

Post a Comment