SAKIT OTAK,MENTAL PECAH!

jikalau bulan itu aku,

jangan kau cuba gapai,

kerna mustahil bagi kamu,

untuk aku kau capai

jikalau langit itu aku,

jangan kau cuba sampai,

sebab mustahil bagi kamu

untuk aku kau intai

dan jikalau sejarah itu aku,

jangan kau cuba mengintai,

sebab mustahil bagi kamu

untuk aku kau merungkai..

dan aku harus katakan pada kamu,

sejuta maaf pun tak akan bisa,

mengubah sejarah yang kau binasakan,

dan sebenarnya aku tahu kau bohong,

lantas untuk apa lagi kau disini,

pergi!

setelah aku kau caci maki,

aku bosan!

aku mahu kebisingan,

yang bisa memecah gegendang telinga ku,

biar aku tak dengar lagi,

semua kata palsu kau tu,

aku mahu racun,

yang bisa aku rodokkan dalam tekak ku,

biar aku tak usah merayu-rayu,

pada kau lagi,

aku mahu pisau,

yang bisa aku tusukkan ke mataku,

biar aku tak usah lihat lagi,

wajahmu yang memberi mimpi ngeri,

pada setiap malamku,

di hari-hari ku yang mendung selalu,

semua kerna kamu!

No comments:

Post a Comment